Monday, 11 March 2013

dakwah santai ;))

bismillah..
assalamualaikum pd semua yg tgh baca blog saya nie.. ;)

alhamdulllilah dlm tgh sibuk dengan semester baru nie sempat lg curi masa utk update blog..sementara ade idea nie kn.. ok, ape yang dimaksudkan dgn dakwah santai? sebenar nya perkataan tu saya reka sendiri.. hehe.. ape yg saya maksudkan sebenar nya adalah menyampaikan dakwah atau menyeru orang berbuat baik dgn cara yang santai dan bersahaja..

saya cuma nak semua tahu yg walaupun saya cuba mengajak kwn2 semua berubah, itu tidak bermaksud saya sudah cukup ilmu dan sudah sempurna dlm amalan saya.. jauh sekali. saya pun masih lagi melakukan dosa dan kesilapan.. saya pun sebenarnya malu utk post entry dan status yg berunsur islamik kerana bimbang dianggap cukup sempurna atau terlalu baik. tapi jika hanya insan yg sempurna boleh berdakwah, maka tiada sesiapa akan berdakwah kerana tiada manusia yg sempurna dan tidak melakukan kesilapan kecuali baginda rasulullah s.a.w. Maka tidak semestinya orang yang melakukan dosa tidak boleh mengajak orang ke arah kebaikan..

ilmu yang bermanfaat yang kita berikan kepada sesiapa semasa kita hidup, pahalanya akan masih berterusan selagi mana orang tersebut mengamalkan nya walaupun setelah kita telah mati.. nak tak pahala yang tak putus2 walaupun kita dh terbaring dlm kubur? mesti la nak kn.. so cepat2 la rebut peluang keemasan nie k?


facebook juga boleh menjadi medium untuk kita sebarkan kebaikan, mudah-mudahan blh mnjadi saham kita di akhirat nanti.. insyaALLAH setiap status kebaikan kita atau entry yang kita tulis akan dibaca oleh kwn2 dan menimbulkan kesedaran pd mereka.. walaupun possibility nya rendah, lama kelamaan mereka pasti akan tersentuh.. pesanan saya juga, kalau boleh gmbar2 yg tidak menutup aurat xperlu la paparkn pd facebook ok..takut nanti akn jd saham dosa pd kita walaupun setelah kita tiada kelak.. maaf sgt2, bkn saya nk tunjuk alim tau, tp sbb saya sygkn kwn2.. saya nak kita sama2 bergembira dan bahagia di alam sana kelak..


lagipun nabi Muhammad s.a.w ada bersabda "sampaikan dariku walau satu ayat". maknanya walaupun satu ayat yang kita dengar terutamanya dari hadis-hadis yang sahih, kita kena la sampaikan pd kwn2 ke, pd keluarga ke atau sape2 je.. lama-kelamaan ajaran islam akan berkembang dan menyedarkan kwn2 kita yg msih ramai terleka.. ok, smpai sini dulu ye.. jaga diri,jaga iman. saya syg semua saudara islam saya.. wassalam. ;)

No comments:

Post a Comment