Monday, 11 March 2013

dakwah santai ;))

bismillah..
assalamualaikum pd semua yg tgh baca blog saya nie.. ;)

alhamdulllilah dlm tgh sibuk dengan semester baru nie sempat lg curi masa utk update blog..sementara ade idea nie kn.. ok, ape yang dimaksudkan dgn dakwah santai? sebenar nya perkataan tu saya reka sendiri.. hehe.. ape yg saya maksudkan sebenar nya adalah menyampaikan dakwah atau menyeru orang berbuat baik dgn cara yang santai dan bersahaja..

saya cuma nak semua tahu yg walaupun saya cuba mengajak kwn2 semua berubah, itu tidak bermaksud saya sudah cukup ilmu dan sudah sempurna dlm amalan saya.. jauh sekali. saya pun masih lagi melakukan dosa dan kesilapan.. saya pun sebenarnya malu utk post entry dan status yg berunsur islamik kerana bimbang dianggap cukup sempurna atau terlalu baik. tapi jika hanya insan yg sempurna boleh berdakwah, maka tiada sesiapa akan berdakwah kerana tiada manusia yg sempurna dan tidak melakukan kesilapan kecuali baginda rasulullah s.a.w. Maka tidak semestinya orang yang melakukan dosa tidak boleh mengajak orang ke arah kebaikan..

ilmu yang bermanfaat yang kita berikan kepada sesiapa semasa kita hidup, pahalanya akan masih berterusan selagi mana orang tersebut mengamalkan nya walaupun setelah kita telah mati.. nak tak pahala yang tak putus2 walaupun kita dh terbaring dlm kubur? mesti la nak kn.. so cepat2 la rebut peluang keemasan nie k?


facebook juga boleh menjadi medium untuk kita sebarkan kebaikan, mudah-mudahan blh mnjadi saham kita di akhirat nanti.. insyaALLAH setiap status kebaikan kita atau entry yang kita tulis akan dibaca oleh kwn2 dan menimbulkan kesedaran pd mereka.. walaupun possibility nya rendah, lama kelamaan mereka pasti akan tersentuh.. pesanan saya juga, kalau boleh gmbar2 yg tidak menutup aurat xperlu la paparkn pd facebook ok..takut nanti akn jd saham dosa pd kita walaupun setelah kita tiada kelak.. maaf sgt2, bkn saya nk tunjuk alim tau, tp sbb saya sygkn kwn2.. saya nak kita sama2 bergembira dan bahagia di alam sana kelak..


lagipun nabi Muhammad s.a.w ada bersabda "sampaikan dariku walau satu ayat". maknanya walaupun satu ayat yang kita dengar terutamanya dari hadis-hadis yang sahih, kita kena la sampaikan pd kwn2 ke, pd keluarga ke atau sape2 je.. lama-kelamaan ajaran islam akan berkembang dan menyedarkan kwn2 kita yg msih ramai terleka.. ok, smpai sini dulu ye.. jaga diri,jaga iman. saya syg semua saudara islam saya.. wassalam. ;)

Saturday, 9 March 2013

D.O.S.A

assalamualaikum pd semua bakal ahli syurga, insyaALLAH..

mcm mane ye nak elakkan dari buat dosa? walaupun kita dah tahu sesuatu bnda tu dosa dan ALLAH xsuka, tp kita tetap lakukan nya.. kenapa ye? saya bercakap ttg diri saya sendiri dan mungkin juga bagi pihak orang lain yang mengalami perasaan yg sama seperti saya.. mungkin sebab kita xnampak apa yang Nabi Muhammad s.a.w nampak.. sebab tu kita terlalu banyak ketawa daripada menangis.. namun Allah itu Maha Pengampun.. ;) 
Nak padam dosa bukan boleh ambik pemadam dan sapu mcm gambar kt atas nie kn.. hurm, tp dgn cara bertaubat.. senang utk cakap tp bkn senang utk buat kn.. xmustahil utk kita still ulang dosa lama walaupun dh bertaubat..jd mcm mane? jgn bimbang.. Allah akan ampunkan dosa hambaNya selagi mana hambaNya meminta keampunan.. ingatlah, semakin byk dosa, semakin berat lah timbangan dosa kita di hari kiamat kelak. jadi jom kita sama2 berusaha utk kurangkan berat tersebut sementara talian hayat masih ada. ok? salam. ;)




Tuesday, 5 March 2013

pengorbanan seorang hamba ;)

assalamualaikum semua..

alhamdulillah ade kesempatan utk update blog lg mlm nie.. ok tajuk entry kt ats nie adalah pengorbanan seorang hamba kn.. hurm.. kita nie sebagai hamba ALLAH, nak xnak pun mmg kita kena beribadat pd ALLAH.. iaitu mengabdikan diri padaNYA semata2.. bkn mengabdikan diri dengan kena cuci tandas, kena basuh baju, kena masak, kena sapu sampah tanpa sebarang gaji tu.. tp hanya dengan cara menunaikan solat 5 waktu sehari semalam, tutup aurat, puasa di bulan ramadhan , jaga pergaulan dan byk lg. senang saja bkn? dan dapat ganjaran lagi. semuanya percuma. dpat oksigen percuma, so blh bernafas dgn tenang tnpa perlu resah nk bayar. dapat mata percuma, so blh tgk muka mak tiap2 hari, tgk pemandangan yg hijau, tgk laut, awan yang biru..xpayah bayar pun kn? tu blum lg kira dapat telinga, hidung, mulut, tangan, kaki dan sebagainya. MASYAALLAH byk nye nikmat ALLAH bg tnpa kita sedar kn..


so apa balasan kita pd kebaikan2 yg ALLAH bg pd kita ye? hurm.. Allah xnk duit dari kita sbb ALLAH MAHA KAYA.. yg plg penting skali, solat 5 waktu.. dlm sehari ade 24 jam kn, kita cuma spend masa utk solat purata hnya 10 minit setiap waktu.. so total hnya 50 minit je.. xsmpai satu jam pun drpd 24 jam kn.. hmm? tp yg nak sy fokuskn skrg nie ialah sebab sebenar kita solat.. ramai yg solat sebab ianya perintah dari ALLAH.. dn sebab kita xnak dimasukkan ke neraka (waiyazubillah), dan juga kerana kita mengimpikan syurga Allah nan indah.. ye, saya juga begitu.. tp sedarkah kita, sbenar nya solat seorang hamba itu sepatutnya lebih kepada kerana dia cinta akan penciptanya.. sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga di atas segala kebaikan dan nikmat yang ALLAH berikan.. tidak rasa bersyukur kah dikurniakan keluarga yang bahagia? dikurniakan pasangan yang baik dan diberikan ilmu kepandaian sehingga berjaya ke menara gading? kerana cinta dan sayang yg mendalam akan mendorong kita ikhlas mengerjakan solat.. dan seterusnya mengubah seluruh perbuatan kita menjadi lebih baik..



InsyaALLAH, sama2 kita berusaha daripada taat semata2 kepada perasaan cinta yang mendalam.. Nabi Muhammad s.a.w juga bersolat tnpa henti kerana perasaan bersyukur dan cintanya.. bkn kerana syurga Allah kerana baginda sudah pun dijanjikan syurga... wassalam ;)

berhijrah =)

assalamualaikum kwn2..

hari nie saya nk kongsi satu topik yg makin hangat diperkatakan skrg.. iaitu berhijrah.. okay, hijrah dari segi ape ye? maksudnya hijrah dari segi seorang hamba ALLAH yang lalai dan leka kemudiannya menjadi seorang muslim atau muslimah yang disayangi Allah dan dipuji oleh malaikat.. hurmm.. saya tahu, dgn arus kemodenan dunia skrg nie, manusia semakin seronok dengan duniawi sehinggakan semakin jauh dari pencipta sendiri..

okay, biarlah saya berkongsi sedikit cerita ttg saya sendiri.. bkn bermaksud membuka pekung di dada.. hanya sebagai pengajaran dan  pengalaman sendiri.. (cukuplah cerita secara ringkas kerana Allah tidak mahu kita membuka aib kita sendiri, sedangkan ALLAH pun menyembunyikan aib kita kn?) okay, dulu saya akui saya bukanlah seorang yang terlalu peka dgn kehendak agama.. contohnya dari segi pemakaian dan pergaulan..   jadi suatu hari sy terfikir, APA TUJUAN AKU HIDUP? xkan la Allah cipta kita hanya utk makan,tidur,bekerja,belajar dan kemudian mati mcm tu je?

saya pun berfikir, mcm mna kalau saya mati esok? apa amal yang sy nk bawa dan persembahkan pada Tuhan? nothing..kosong ;( hurm saya nie kena duri sikit pun dh menangis sakit, inikan pula seksa neraka. jadi saya mula ambil langkah pertama iaitu solat sunat 2 rakaat dan pohon ampun pd ALLAH.. mungkin ini hidayah yg tidak semua org dapat.. maknanya saya insan terpilih..terima kasih ALLAH..
lepas tu sy rasa sgt tenang.. dan sy mulakan mendalami ilmu agama sedikit demi sedikit melalui ceramah2 di youtube.. first ceramah yang saya buka adalah ustaz azhar idrus.. tp masa tu ustaz tu belum popular lg.. saya xkenal pun dia masa tu, just saje2 rasa nk klik dekat dia.. tajuk pertama yang saya buka ialah 'aurat muslimah'. terus hati terdetak msa dgr. ye saya rasa smua org tahu yg aurat wanita seluruh badan kecuali muka dan tapak tgn. tp kita buat x? hurm.. lama saya berfikir.. ye, sy bertudung, tp tutup dada x? baju tutup lengan x? kaki tutup x? Ya Allah malunya padaMu sbb slama nie sombong seolah2 xtakut mati.. ;(  saya mula memakai tudung menutupi dada.. pakai handsocks.. dan pakai sarung kaki.. tp bkn la mendadak.. secara perlahan2.. ambik masa jugak.. kerana saya pun hanyalah bekas pelajar sekolah biasa,bkn sekolah agama.. so kdg2 saya masih tersasar..byk lg kena belajar..doakan saya utk istiqamah dlm pakaian yg menutup aurat..


insyaALLAH nanti saya akan sambung lagi topik nie lain masa ye.. sebab sgt panjang kalau nk huraikan satu persatu, maklumlah ilmu Allah nie xkan pernah habis..saya doakan kwn2 juga akan mendapat hidayah dari ALLAH s.w.t dan kita blh sama2 menuju ke jannah ;) salam.


Sunday, 3 March 2013

yummy.!!

salam semua..
ok sape kt sini suka makan?? angkat tgn cepat! hihi.. saya antara org yg mempunyai minat yg agak tinggi dalam pemakanan dan pencubaan makanan baru (ade ke pencubaan?) lantak la. heee. pendek kata, ble ade je restoran baru bukak kt sekitar kb nie, laju je nk g try. kalu sedap, mula la nk g sokmo. hihi. antara makanan favourite saya adalah tomyam merah yang pedas lagi berasap lg terangkat! mak oi pnjg bebeno namanye. ;)) di tambah pulak dgn kombinasi telur dadar dan dan air sirap limau. fuh.
amacam? tiba2 telan air liur. gulp. okay,kalu time santai2 plak mcm mls nk mkn nasi kn, saya suka order chicken chop. nyum2.. my favourite western food. jom usha ;)
alahai..gmba nie bikin org terliur plak dahh.. ok fine esok nk cari, (tetiba). dan for kelantanese like me, makanan yg plg best di kala sejuk2 adalah mee celup + perut. fuhhh.. mmg sgt sinonim dgn kelantan. sgt sedap ble dihirup panas2 tnpa disedari smpai kua hingus. opss xsenonoh tetibe. sory ;p ditambah pulak dgn serbuk cili merah, mmg terbaek. jom layan ;

okay, setakat nie tu saje la kot. sebena nya byk lg tp sy update yg the most favourite la dulu. hee ;) alhamdulillah syukur dgn terlampau byk rezeki yg ALLAH bg kn? dan semua gmba ats tu bkn sy punye,just ihsan google saje. okay salam.=)




salam perkenalan ;)))

bismillahirrahmanirrahim.

salam everyone, saya anis,new blogger.. segan la plak nk introduce diri sdiri.. dah tua baru gatai nk create blog.. hihi ;) 
btw,jom kita mulakan sesi perkenalan kita hari ini.. (dah macam minggu orientasi dahh) gitew.  first skali, cukup sy kenalkan diri dgn nama anis,umur 24 tahun,asal kota bharu..
tgh menuntut ilmu di uitm kelantan,degree in business marketing.. 
status?? ops..stakat nie single lg..(selagi xkawin kira single la kn?) heee. dan untuk makluman sedara sedari,sy peminat tegar warna PINK. skema plak ayat. ;p
rasanya sekian dulu utk post ini kowt. jumpe lg kwn2.. (bile msa plak jumpa?) haha ok daa salam..