assalamualaikum kwn2..
hari nie saya nk kongsi satu topik yg makin hangat diperkatakan skrg.. iaitu berhijrah.. okay, hijrah dari segi ape ye? maksudnya hijrah dari segi seorang hamba ALLAH yang lalai dan leka kemudiannya menjadi seorang muslim atau muslimah yang disayangi Allah dan dipuji oleh malaikat.. hurmm.. saya tahu, dgn arus kemodenan dunia skrg nie, manusia semakin seronok dengan duniawi sehinggakan semakin jauh dari pencipta sendiri..
okay, biarlah saya berkongsi sedikit cerita ttg saya sendiri.. bkn bermaksud membuka pekung di dada.. hanya sebagai pengajaran dan pengalaman sendiri.. (cukuplah cerita secara ringkas kerana Allah tidak mahu kita membuka aib
kita sendiri, sedangkan ALLAH pun menyembunyikan aib kita kn?) okay, dulu saya akui saya bukanlah seorang yang terlalu peka dgn kehendak agama.. contohnya dari segi pemakaian dan pergaulan.. jadi suatu hari sy terfikir, APA TUJUAN AKU HIDUP? xkan la Allah cipta kita hanya utk makan,tidur,bekerja,belajar dan kemudian mati mcm tu je?
saya pun berfikir, mcm mna kalau saya mati esok? apa amal yang sy nk bawa dan persembahkan pada Tuhan? nothing..kosong ;( hurm saya nie kena duri sikit pun dh menangis sakit, inikan pula seksa neraka. jadi saya mula ambil langkah pertama iaitu solat sunat 2 rakaat dan pohon ampun pd ALLAH.. mungkin ini hidayah yg tidak semua org dapat.. maknanya saya insan terpilih..terima kasih ALLAH..
lepas tu sy rasa sgt tenang.. dan sy mulakan mendalami ilmu agama sedikit demi sedikit melalui ceramah2 di youtube.. first ceramah yang saya buka adalah ustaz azhar idrus.. tp masa tu ustaz tu belum popular lg.. saya xkenal pun dia masa tu, just saje2 rasa nk klik dekat dia.. tajuk pertama yang saya buka ialah 'aurat muslimah'. terus hati terdetak msa dgr. ye saya rasa smua org tahu yg aurat wanita seluruh badan kecuali muka dan tapak tgn. tp kita buat x? hurm.. lama saya berfikir.. ye, sy bertudung, tp tutup dada x? baju tutup lengan x? kaki tutup x? Ya Allah malunya padaMu sbb slama nie sombong seolah2 xtakut mati.. ;( saya mula memakai tudung menutupi dada.. pakai handsocks.. dan pakai sarung kaki.. tp bkn la mendadak.. secara perlahan2.. ambik masa jugak.. kerana saya pun hanyalah bekas pelajar sekolah biasa,bkn sekolah agama.. so kdg2 saya masih tersasar..byk lg kena belajar..doakan saya utk istiqamah dlm pakaian yg menutup aurat..
insyaALLAH nanti saya akan sambung lagi topik nie lain masa ye.. sebab sgt panjang kalau nk huraikan satu persatu, maklumlah ilmu Allah nie xkan pernah habis..saya doakan kwn2 juga akan mendapat hidayah dari ALLAH s.w.t dan kita blh sama2 menuju ke jannah ;) salam.


No comments:
Post a Comment